Date: Rabu, Mei 15, 2024

Pada 13 hingga 14 Mei 2024 telah berlangsungnya World Conference on Construction & Building Technology” bertempat di Barcelona, Sepanyol. Persidangan ini telah disertai oleh YBhg. Datuk Sr Ts. Mohd Nasir bin Saari, Juruukur Bahan Penguasa merangkap Ketua Makmal Penyelidikan Ukur Bahan di Bahagaian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE).

Datuk Sr Ts. Mohd Nasir bin Saari telah membentangkan kertas penyelidikan yang bertajuk J-Selaras: A New Rationalization Model for Bills of Quantity (BQ) in Project Tendering Process” di dalam persidangan berkenaan.

Penyertaan di dalam persidangan ini merupakan salah satu platform bagi mempromosikan hasil penyelidikan yang dilaksanakan oleh warga CREaTE khasnya dan JKR amnya di peringkat antarabangsa. Dalam masa yang sama, penyertaan di persidangan ini telah membuktikan kemampuan kakitangan JKR dalam melaksanakan projek penyelidikan yang dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan teknologi kejuruteraan di Malaysia.