Date: Khamis, April 28, 2016
Perhimpunan Bulanan Kementerian Kerja Raya telah diadakan pada 28 April 2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid Kementerian Kerja Raya. Perhimpunan bulanan ini telah dihadiri oleh kakitangan  Warga Kementerian dan Agensi-Agensi di bawahnya. Ucapan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Sri  Zohari Haji Akob, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kerja Raya (KKR).
 
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ Sri  Zohari menerangkan Malaysia mencatat pertumbuhan sebanyak 5.6% iaitu yang terbaik di ASEAN tahun lepas. Beliau juga menerangkan usaha Kementerian mendahulukan rakyat seperti program & projek pembinaan rumah, hospital, sekolah, jalan raya, pengangkutan awam dan keselamatan.
 
Turut disentuh adalah kesetiaan dan integriti penjawat awam dalam menjaga kerahsiaan maklumat penting, memelihara keselamatan negara dan usaha meningkatkan taraf LLM melalui program ‘Branding’ LLM bagi memastikan penglibatan pengurusan tertinggi dalam projek pembinaan.
 
Di akhir perhimpunan, Dato’ Sri KSU menyampaikan sijil penghargaan kepada penyelaras SSR KKR dan Agensi di atas pengiktirafan KKR sebagai organisasi cemerlang dengan memperolehi 5 bintang dalam Penilaian Indeks SSR pada tahun 2015 dan Agensi KKR iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR).