Date: Khamis, Jun 16, 2016

1.    Adalah dimaklumkan tarikh tutup asal penyertaan JIJ 2016 telah dilanjutkan dari 31 Mei 2016 kepada 30 Jun 2016.

2.    Sukacita diingatkan, JIJ adalah platform kepada pencalonan Anugerah Inovasi Terbaik JKR (AITJ) dimana pemenang bagi AITJ akan diumumkan semasa Hari Inovasi JKR (HIJ) Malaysia yang dijadualkan pada 9 – 10 Oktober 2016.

3.    Sehubungan itu, semua kakitangan JKR Cawangan/Negeri/Unit Khas dipohon memberi komitmen untuk menyertai Program JIJ 2016 dengan mengemukakan Borang Penyertaan dan Laporan Inovasi seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan yang dilampirkan kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 30 Jun 2016 (Khamis) melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC/KPPiB/KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:

Ketua,

Bahagian Penyelidikan & Inovasi,Cawangan Latihan & Inovasi,              

Ibu Pejabat JKR Malaysia,Tingkat 3, Menara PJD, No. 50 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

No. Fax: 03-4041 1869

 

4.    Sila klik DI SINI untuk memuat turun Garis Panduan Program Jejak Inovasi JKR (JIJ) 2016 yang turut mengandungi syarat dan borang penyertaan program.
 

5.    Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program JIJ 2016, sila hubungi:

Cik Jasmawani Bt. Jamaludin melalui emel jasmawani.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail)) atau di talian 018-789 2477.

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Penyelidikan & Inovasi

Cawangan Latihan & Inovasi

JKR Malaysia