YBhg. Dato’ Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha berbesar hati mengadakan perjumpaan bersama Kontinjen Sukan JKR HQ pada 3 Ogos 2017 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Berlian bagi menyampaikan amanat dan kata-kata semangat sempena Kejohanan Karnival Sukan JKR SeMALAYSIA 2017 yang akan berlangsung pada 4 - 6 Ogos 2017 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Majlis turut dihadiri oleh YBrs. Ir. Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Pengarah CDPK, pegawai-pegawai kanan JKR dan para peserta kontinjen. Seramai 108 orang peserta yang terdiri daripada pengurus, jurulatih dan pemain akan menyertai karnival ini. Sebanyak sembilan (9) acara yang dipertandingkan iaitu bola sepak, bola tampar, sepak takraw, ping pong, badminton, bola jaring, tenpin boling, boling padang dan golf. Antara intipati amanat YBhg. DS KPKR kepada para peserta kontinjen adalah; -
- Semoga diberikan kesihatan yang baik sepanjang karnival berlangsung;
- Menepati masa dan mematuhi jadual yang ditetapkan;
- Berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap acara yang dipertandingkan di samping menerapkan semangat kesukanan dan disiplin yang tinggi;
- Memupuk semangat muhibbah dan mengeratkan ukhwah di kalangan peserta dan kontinjen yang bertanding.
Di penghujung acara telah diadakan majlis memperkenalkan suit sukan yang akan dipakai oleh peserta kontinjen dan penyerahan bendera kepada Ketua Kontinjen iaitu Ir. Suhaili bin Mansor.
Selamat berjuang kepada para peserta kontinjen Karnival Sukan JKR SeMALAYSIA 2017.
- 1151 bacaan