Date: Jumaat, April 29, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Ir. Mohd Nazri b Shaari,Pengarah Perunding Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 3 Mei 2016. 
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik pada 11 Ogos 1980 , di JKR Elektrik Perak. Sepanjang berkhidmat selama hampir 33 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Elektrik Kedah, Unit JKR DARA, Bandar Muadzam Shah, Pahang, Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Elektrik Kuala Lumpur, Jabatan Bekalan Elektrik Kawasan Tengah Kuala Lumpur dan JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Ipoh, Perak.
 
Di atas khidmat bakti beliau dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan beberapa Bintang dan Pingat. Antaranya :
 
1)Bintang Perkhidmatan Cemerlang Negeri Kedah (B.C.K) Tahun 1992
 
2)Ahli Mangku Negara (A.M.N) Tahun 2004
 
3)Paduka Mahkota Perak (P.M.P) Tahun 2006
 
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.