Date: Selasa, Mei 3, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs.Pn.Selmah bt Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 02 Mei 2016.  Beliau telah mula berkhidmat sebagai Arkitek pada 15 Mac 1984, iaitu dengan perkhidmatan selama lebih kurang 32 tahun. Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya.
 
Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
 
Selamat maju jaya dalam apa jua  bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.