Date: Khamis, Oktober 13, 2022

Dengan sukacitanya dimaklumkan Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia akan menganjurkan 1st International Building Surveying Conference (IBSC 2022) yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan, signifikan dan pembangunan kerjaya ukur bangunan di dalam industri pembinaan terutama di Malaysia. Persidangan ini memfokuskan juga kepada yang berlatarbelakangkan Alam Bina yang terlibat secara langsung dengan skop kerja Ukur Bangunan. Dengan kemajuan pembangunan teknologi dan arus pembangunan Revolusi Industri 4.0, IBSC 2022 menawarkan peluang bagi meningkatkan kesedaran dan kefahaman berkenaan Ukur Bangunan. IBSC juga menyediakan platform untuk peserta menimba ilmu pengetahuan yang meliputi isu-isu Ukur Bangunan daripada penceramah jemputan termasuk daripada pengamal/pakar dari luar negara yang bertemakan Embracing the future through a high-performance building”.

Ucaptama persidangan ini akan disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Zulkefly Bin Sulaiman serta menampilkan penceramah-penceramah yang berpengalaman daripada sektor awam, akademik dan sektor swasta.

Sehubungan dengan itu, jawatankuasa penganjur berbesar hati menjemput YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai IBSC 2022 yang dijadualkan pada 8 & 9 November 2022, di Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur. Peserta yang disasarkan adalah daripada kalangan kakitangan kerajaan, penyelidik, ahli akademik, perunding dan pelajar Mata CPD digunakan adalah daripada badan profesional masing-masing (rujuk gambar). Adalah dimaklumkan, persidangan ini turut disokong oleh RISM, MyRBS & MyCEB

Yuran pendaftaran adalah seperti berikut;

 

Professional/Bukan Member

RM800

Member RISM /Kakitangan kerajaan

RM700

Kakitangan JKR

RM480

Pelajar Sepenuh Masa

RM420

 

Marilah bersama-sama sertai kami dalam persidangan IBSC2022 melalui pautan https://umevent.um.edu.my/IBSC2022 (link is external) .

Sekian, terima kasih.