Date: Jumaat, Julai 22, 2022

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Lithium yang mewakili JKR di atas kejayaan memenangi GOLD MEDAL bagi produk inovasi F-Flex: Flexible Joint For Rainwater Down Pipe Over Soft Ground yang dipertandingkan dalam Persidangan Dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan (National Water Innovation, Conference and Exhibition) - NWICE 2022 yang diadakan pada 19-21 Julai 2022 bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, YB Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man dan persidangan serta pameran yang berlangsung selama tiga hari ini telah disertai  dari pelbagai agensi serta syarikat juga pembekal yang terlibat secara khusus berkenaan sistem, produk/bahan, bekalan dan pengurusan air.