Date: Selasa, Ogos 18, 2020

PERSIDANGAN KEJURUTERAAN AWAM (CIVILCORE 2020) merupakan sebahagian daripada inisiatif dan program Urus Setia Disiplin Awam JKR khususnya untuk jurutera awam di Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Urus Setia Disiplin Awam, Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) akan menganjurkan Persidangan Kejuruteraan Awam (CIVILCORE 2020) sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh       :    15 September 2020 (Selasa)
Masa         :    8:00 pagi - 5.00 petang
Tempat     :    Dewan CREaTE, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka                             

Persidangan kali ke-2 ini bertujuan antara lain untuk menjadi asas kepada seluruh pegawai khususnya jurutera awam JKR dalam memperkukuhkan pengetahuan dalam bidang kejuruteraan awam; melatih dan melahirkan jurutera awam yang berdaya saing dengan melibatkan diri dengan kajian kejuruteraan awam; menjadi platfom kepada seluruh warga jurutera awam JKR dalam membuat pembentangan kertas kerja atau dapatan kajian dan meningkatkan keyakinan diri dalam mendepani cabaran bidang kejuruteraan dengan mengenengahkan dapatan dalam kajian; dan menggalakkan budaya perkongsian ilmu (knowledge sharing) dan kajian (research) dalam kerja dan tugasan seharian demi menjaga status profesion kejuruteraan dan organisasi.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai persidangan boleh emel kepada civilcore [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail)) atau berhubung dengan penyelaras persidangan di talian seperti berikut :-

 

MOHD HAFIS BIN AHMAD
Urus Setia Disiplin Awam JKR
Tel   :    03 - 2610 7540

MARTINA KOHNIDIA BINTI MAHLI
Jawatankuasa Pendaftaran CIVILCORE 2020
Tel   :    03 - 2681 9152

Ir. ZAINUDIN BIN SULAIMAN
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE)
Tel    :    06 - 551 2232

SAFRI BIN KARIM
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi JKR (CREaTE)
Tel   :     06 - 551 2280

Sekian, terima kasih.

URUS SETIA DISIPLIN AWAM
Jabatan Kerja Raya Malaysia