Date: Jumaat, March 25, 2016
PERTUKARAN NAMA CAWANGAN PANGKALAN UDARA DAN MARITIM KE CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN
 
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
Adalah dimaklumkan bahawa Waran Perjawatan Ibu Pejabat JKR Malaysia Bil. K16 Tahun 2016 telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan Malaysia berkuatkuasa mulai 4 Februari 2016.
 
Dengan ini, sukacita dimaklumkan bahawa, Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM) dijenamakan sebagai CAWANGAN KEJURUTERAAN INFRASTRUKTUR PENGANGKUTAN (CKIP) berkuatkuasa mulai tarikh surat ini yang meliputi semua urusan pentadbiran organisasi, kewangan, kontrak dan urusan rasmi Jabatan. Bersama-sama ini dimajukan Carta Organisasi JKR untuk makluman.
 
Sekian,terima kasih.
 
(Sumber berita : Bahagian Pembangunan Skim Kejuruteraan, CDPK)