Date: Khamis, April 4, 2019

Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Road Engineering Association of Malaysia (REAM) telah menganjurkan PIARC International Seminar On Towards Advanced Technology & Material In Bridge Engineering pada 1 - 3 April 2019 bertempat di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Baru Bian, Menteri Kerja Raya. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Yang Berbahagia Dato’ Dr. Syed Omar Sharifuddin bin Syed Ikhsan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Yang Berusaha Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Pakar, Yang Berusaha Ar. Zairul Azidin bin Badri, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan, Yang Berbahagia Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Presiden Road Engineering Association of Malaysia (REAM), Yang Berusaha Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj. Sufian, Pengarah Kanan Cawangan Jalan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Seminar, Ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal PIARC D.3 (Jambatan) dari seluruh negara, Pengarah Kanan Cawangan, Pengarah – Pengarah Cawangan serta semua penggiat industri kejuruteraan jalan dan jambatan.

Ucapan aluan telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ir. Hj. Zulakmal Bin Hj. Sufian, Pengarah Kanan Cawangan Jalan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Seminar, dan disusuli ucaptama yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Ir. Dr. Roslan bin Md Taha, Presiden Road Engineering Association of Malaysia (REAM).

Seminar selama dua (2) hari telah disertai oleh seramai 300 orang yang terdiri daripada kalangan Jurutera JKR, kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan, ahli-ahli akademik universiti dan juga dari perunding serta kontraktor di pihak swasta dan industri. Selain itu, terdapat 25 ruang pameran yang disertai oleh pempamer dari  pelbagai teknologi dan produk yang terkini.

Sebanyak lima (5) sesi teknikal yang meliputi pelbagai topik telah dibentangkan oleh 23 para pembentang dari dalam dan luar negara seperti berikut;

Tema 1 : Bridge Management, Planning and Safety

1.         Bridge Inspection Policy in the United State oleh Dr. Joseph Hartmann (USA)
2.         Bridge design toward improved inspection and maintenance oleh Mr. Mohamed Parak (South Africa)
3.         Damage and Deterioration Assessment Decision-Making for Highway Bridge Safety oleh Mr. Scot Becker (USA)
4.         Structural Monitoring of Rectify De Abril Bridge from Construction to the present oleh Dr. Manuel Pipa (Portugal)
5.         Maintenance Strategy for Service Life Extension of Bridge Deck oleh Dr. Hyun-Ho Choi (Korea)

Tema 2 : Bridge Conservation and Rehabilitation

1.         Structural monitoring of the Akashi Kaikyo Bridge oleh Dr. Kiyohiro Imai (Japan)
2.         Rehabilitation or reconstruction of road bridges: How to select the most suitable scenario? oleh Mr. Pierre Gilles (Belgium)
3.         Bridge Differential Settlement Improvement oleh Mr. Yunos Ali (Malaysia)
4.         Condition Assessment of the deteriorated reinforced concrete bridge : Jambatan Sg. Senduk Hulu, Jambatan Sg. Cheh and                      Jambatan Sg. Bukit Gantang oleh Assoc. Prof. Ir. Dr. Raizal Saifulnaz Muhammad Rashid (Malaysia)
5.         Introduction of Rehabilitation Project of Large Scale Suspension Bridges in Turkey oleh Mr. Yoichi Sato (Japan)
6.         Monitoring Traffic Loading for Optimized Assessment of Bridges oleh Dr. Ales Znidaric (Slovenia)

Tema 3 : Sustainability and Innovative in Bridge Engineering

1.         Malaysia as World Leader in Promotes Sustainable Bridge Technology oleh Prof. Madya Ir. Dr. Voo (Malaysia)
2.         Performance evaluation experiment of Real Scale BH Girder Bridge Specimen of 60m Span oleh Dr. Hyejin Yoon (Korea)
3.         An Innovative Dynamic Monitoring System oleh Prof. Dr. Michele Mele (Italy)
4.         Ultra High-performance Fibre Reinforced Shotcrete For Soil-steel Structures Repair Works oleh Mr. Nicolas Bardou (France)

Tema 4 : Advanced  Analysis and Design  in Bridge Engineering

1.         Non-linear analysis and design of external prestressing on end diaphragm using Finite Solid Element and Site Measurement on                actual diaphragm using Fiber optic sensor and strain gauge oleh Ir. Teh Tzyy Wooi (Malaysia)
2.         Comparative analysis and design of transverse box girder bridge between StaadPro and MIDAS Civil Software oleh Ir. Dr.                        Anizahyati Alisibramulisi (Malaysia)
3.         Study on dynamic behaviour of High Speed Rail (HSR) viaduct for HSLM Loading oleh Mr. Prabu Raja (Malaysia)
4.         Advancement of Bridge Engineering in Malaysia oleh Ir. Dr. Fairul Zahri  (Malaysia)

Tema 5 : New Technology and Method In Bridge Construction

1.         New Technology In Bridge Inspection Implementing Maintenance Plan oleh Mr. Gonzalo Arias Hofman (Spain)
2.         Construction of Lebuhraya Pantai Timur 2 – Elevated Structure oleh Dato’ Ir. Dr. Abd Aziz B Arshad (Malaysia)
3.         Rawang-ByPass Project - Preserving the Hopea Subalata oleh Abd Rahman Aziz (Malaysia)
4.         Coastal Highway Route E39 in Norway oleh Mr. Borre Stensvold (Norway)

Pada hari ketiga seminar, 60 orang peserta yang terpilih telah mengikuti lawatan tapak ke dua (2) projek mega iaitu Sungai Besi - Ulu Kelang Expressway (SUKE) dan Mass Rapid Transit 2 (MRT 2).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli jawatankuasa penganjur dan ahli jawatankuasa kerja seminar serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan seminar antarabangsa ini.