Sukacita dimaklumkan buat julung kalinya, sebuah program kolaborasi di antara Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE) dengan Cawangan Arkitek iaitu PROGRAM “PLATFORM FOR EXPLORATION; TECHNICAL & DESIGN” (PENTAS) TAHUN 2024 bertemakan “ECHOES OF TIME” akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut:
Nama Program: Platform for Exploration: Technical & Design (PENTAS 2024)
Tarikh : 20 - 22 Ogos 2024 (Selasa hingga Khamis)
Masa: 8.00 - 5.00 petang
Tempat : Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE), Alor Gajah, Melaka
Program PENTAS 2024 akan berlangsung selama tiga (3) hari iaitu daripada 20 Ogos 2024 – 22 Ogos 2024 bermula dengan Seminar Speaker Series, Seminar Public Work Design Forum (PDF) dan Seminar Serambi Warisan. Program PENTAS memberi ruang kepada pembentang yang terdiri daripada pakar-pakar bidang teknikal sektor pembinaan negara yang akan mengupas topik-topik mengikut tema yang diberikan. Ia juga bertujuan membina jaringan yang lebih kukuh antara pihak kerajaan, pemain industri dan akademik bagi menyokong inovasi dan perkembangan dalam bidang teknikal dan rekabentuk yang responsif kepada keperluan masa hadapan.
Selain seminar, program ini turut menampilkan PENTAS MINI yang fokus kepada bengkel berkonsepkan warisan dan budaya iaitu PENTAS TARI, PENTAS BINA, PENTAS LUKIS, PENTAS CANTING, PENTAS MUZIK, PENTAS BUSANA dan PENTAS KUIH.
Program ini terbuka kepada semua kakitangan JKR/KKR, agensi kerajaan, ahli akademik dan sektor swasta. Penyertaan boleh dibuat secara atas talian melalui imbasan kod QR pada poster di bawah atau pautan https://forms.gle/r1njx3QRQRtLYWPz7 (link is external) . Tatacara pengesahan kehadiran seterusnya akan dimaklumkan melalui email.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia induk melalui email berikut urusetiapentasjkr [at] jkr.gov.my ( (link sends e-mail))
JAWATANKUASA INDUK PENTAS JKR 2024
Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan
Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
Jalan Kemus, Simpang Ampat
78000 Alor Gajah, Melaka
- 1355 bacaan