Date: Khamis, April 7, 2016

JKR sentiasa komited dalam usaha menerapkan nilai integriti dan profesionalisme sebagai teras budaya kerja Jabatan. Oleh yang demikian, di bawah Program Integriti Jabatan untuk mewujudkan budaya organisasi yang berintegriti dan sebagai langkah pencegahan perbuatan rasuah, Polisi Whistleblowing JKR telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Integriti dan Tadbir Urus (JITU) JKR Bil.3/2015 pada 1 Disember 2015. (KLIK SINI (link is external)- Arahan KPKR mengenai Polisi Whistleblowing JKR)

Sehubungan itu, pengurusan aduan salahlaku dan integriti Jabatan secara rasminya dilancarkan melalui Polisi Whistleblowing JKR. Polisi ini adalah satu elemen penting yang menerangkan proses pelaksanaan penerimaan aduan, penyiasatan, penyediaan laporan dan tindakan yang akan diambil oleh pihak Pengurusan Atasan JKR ke atas mana-mana warga JKR yang terlibat sekiranya terdapat salahlaku dan ketidakpatuhan terhadap peraturan-peraturan pegawai awam berkaitan tatakelakuan dan tatatertib.

Selaras dengan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Whistleblowing Protection Act 2010) (Akta 711) objektif polisi ini adalah :

a) Menyediakan kemudahan kepada umum untuk menyalurkan maklumat mengenai salahlaku warga JKR.

b) Menyediakan panduan tindakan Jabatan yang diambil ke atas aduan-aduan berkaitan salahlaku dan integriti.

c) Memberi peluang kepada warga JKR untuk melaporkan sebarang ketidakpatuhan tatakelakuan dan tatatertib di kalangan warga JKR.

d) Mewujudkan budaya kerja beretika dan berintegriti.

Sebagai permulaan , pada hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Ke Atas Kes-kes Aduan JKR (JKTA) , YBhg. Dato' Ir. Hj Mohd Jamal b Sulaiman bersama Bahagian Audit dan Integriti, CDPK telah menerangkan mengenai Polisi Whistleblowing JKR. Brosur Polisi serta Carta Alir Whistleblowing JKR boleh dimuat turun DI SINI. (link is external)

Oleh yang demikian, diharap seluruh warga JKR mengamalkan dan menerapkan integriti sebagai teras budaya kerja di JKR.