Date: Sabtu, Mei 27, 2017

Produk Inovasi “SCLI Knowledge Management Model” meraih tempat ke-3 dalam Pertandingan Rekacipta Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX2017)

Produk inovasi “SCLI Knowledge Management Model” yang dibangunkan oleh Dr Khairil Hizar Md Khuzaimah, Juruukur Bahan Kanan di Unit Enterprise Content & Knowledge Management, CPAB bersama pasukan penyelidik UiTM telah berjaya meraih tempat ke-3 di Pertandingan Rekacipta Invention, Innovation & Design Exposition (IIDEX2017) bertempat di Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM pada 25 Mei 2017.

Model yang didaftarkan sebagai Intellectual Property Right ini merupakan sebahagian daripada kajian penyelidikan PhD Dr Kharil Hizar di bawah seliaan Prof Madya Sr Dr Padzil@Fadzil Hassan (penyelia utama) dan Prof Madya Dr. Roshana Takim (penyelia kedua)  mengenai pelaksanaan inisiatif Pengurusan Pengetahuan bagi organisasi sektor awam yang terlibat dengan industri pembinaan.

Sebanyak 41 buah produk inovasi yang dihasilkan oleh pelajar dan pensyarah FSPU, UiTM telah mengambil bahagian di dalam pertandingan rekacipta kali ini. Lebih membanggakan, SCLI Knowledge Management Model akan dipertandingkan di IIDEX 2017 yang dijadualkan berlangsung di antara 25 hingga 29 September 2017. Model ini telah digunakan bagi menggantikan rangka kerja Pengurusan Pengetahuan JKR yang terdahulu bersesuaian dengan tahap kematangan pelaksanaan Pengurusan Pengetahuan yang telah dicapai oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia.

* SCLI – Strategy and Governance, Community, Learning and Innovation  

 

Poster Produk Inovasi “SCLI Knowledge Management Model”

 

Prof Madya Sr Dr Padzil@Fadzil Hassan (penyelia utama) dan Prof Madya Dr. Roshana Takim (penyelia kedua)

 

Pasukan Penyelidik Produk Inovasi “SCLI Knowledge Management Model”