Date: Khamis, Ogos 8, 2024

7 Ogos 2024 (Rabu) - Satu Program Antirasuah Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) Bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah diadakan di Ibu Pejabat  SPRM, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Ini adalah antara usaha CPAB bagi menyemarakkan budaya dan memantapkan integriti di kalangan warga CPAB, terutamanya dalam tugasan yang telah diamanahkan ke arah mencapai sistem penyampaian awam yang lebih baik dan berkesan.

Antara usaha-usaha Jabatan dalam membudayakan nilai integriti dan nilai benci rasuah dalam organisasi adalah seperti menggalakkan penganjuran Hari Integriti, pelaksanaan teks ucapan berkenaan integriti didalam mesyuarat-mesyuarat cawangan dan pelaksanaan audit dalaman Sistem Pengurusan Anti Rasuah (SPAR) MS 37001:2016 JKR Malaysia.