Date: Khamis, Ogos 26, 2021

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera 

YBhg. Dato-Dato’/ Datin-Datin/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati,

Segala syukur ke hadrat Allah SWT kerana atas perkenanNya jua, Program Bakul Kasih JKR Malaysia telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah, agihan Bakul Kasih kepada semua penerima yang terdiri daripada kakitangan Jabatan telah berjaya disampaikan dengan lancar dan sempurna.

Oleh itu, mengambil kesempatan di sini, kami (CDPK) ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato-Dato’/ Datin-Datin/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan atas kerjasama dan sokongan padu yang diberikan dalam menjayakan Program Bakul Kasih ‘JKR PRIHATIN’’ ini. Sesungguhnya budi baik YBhg. Dato-Dato’/ Datin-Datin/ Tuan-Tuan dalam membantu CDPK dan sama-sama berganding bahu bagi memastikan kelancaran program ini amatlah dihargai.
 
Insya-Allah semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang dihulurkan oleh YBhg. Dato-Dato’/ Datin-Datin/ Tuan-Tuan.

 

Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin

Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat

Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia

 

Video ucapan penghargaan daripada penerima:

https://youtu.be/Te15cmp3_Ts (link is external)