Date: Khamis, Julai 6, 2023

4 Julai 2023 - Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menganjurkan Program BIM Change Agent JKR Malaysia bagi memberi penghargaan dan motivasi kepada para pegawai yang dilantik sebagai BIM Change Agent tahun 2023. Seramai 25 orang pegawai daripada Cawangan Sektor Pakar, Sektor Bangunan dan Sektor Infra telah dilantik sebagai BIM Change Agent untuk Tahun 2023

Program dimulakan dengan ucapan kata aluan serta perasmian oleh YBhg. Dato’ Ir. Roslan bin Ismail, Pengarah Kanan CPAB, dan disusuli dengan sesi penyampaian sijil pelantikan BIM Change Agent yang disempurnakan oleh Pengarah Kanan CPAB sambil diiringi oleh YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), CPAB dan YBrs. Ir. Ahmad Ridzuan bin Abu Bakar Ketua Unit Building Information Modelling, BPPK,CPAB.

Program diteruskan dengan taklimat pelaksanaan BIM dalam projek bangunan dan infra JKR RMK12 yang disampaikan oleh Ts. Zainariah bin Zainal Abidin, Nahzaitul Shima binti Ismail, Khairudin bin Abu Kasim, Suwaibah binti Besah @ Sitam dan Ir. Azmel Yamim bin Wahab yang merangkumi topik pembentangan proses kerja BIM bagi projek Konvensional Dalaman, Konvensional Perunding, Reka dan Bina serta Keperluan Kontrak dalam Pelaksanaan Projek BIM.

Untuk makluman, program ini telah diperkenalkan pada tahun 2021 di mana seramai 32 orang pegawai telah dilantik sebagai BIM Change Agent sehingga tahun 2022.  Program BIM Change Agent ini merupakan salah satu inisiatif jabatan bagi memperkasakan pembangunan BIM di JKR untuk menghadapi cabaran adaptasi BIM dalam pelaksanaan projek sepertimana yang ditetapkan di bawah Pelan Strategik JKR 2021-2025

Diharapkan BIM Change Agent yang dilantik dapat menerapkan sikap positif, dinamik dan inovatif dalam melaksanakan pengurusan perubahan bagi menyokong pembangunan inisiatif BIM dari semasa ke semasa dalam usaha memacu pelaksanaan BIM di peringkat jabatan.