Date: Khamis, Ogos 12, 2021

12 OGOS 2021, Jabatan Kerja Raya Malaysia telah mengadakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) sempena Program Keceriaan Bulan Kebangsaan dengan menyalurkan sumbangan bakul makanan kepada Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di bawah program food bank Bait Al-Rizq. Program ini disempurnakan dengan sesi penyerahan sumbangan bakul makanan oleh YBhg. Dato’ Ir Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) kepada YBhg. Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Wilayah Persekutuan.

Rasionalisasi utama program ini adalah berikutan situasi semasa negara yang sedang dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara di seluruh negara. Dengan adanya program seperti ini diharap dapat membantu rakyat yang kini berdepan dengan cabaran luar jangka akibat pandemik yang melanda negara ketika ini.

Syabas warga JKR di atas keprihatinan dan semangat bantu membantu yang tinggi yang telah dizahirkan sejajar dengan tema Hari Kemerdekaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin.