Date: Khamis, March 9, 2017

Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia akan mengadakan Program Galakan ke atas Kakitangan JKR Melaksana Tanggungjawab Sebagai Pengundi. Bagi memudahkan kakitangan JKR membuat pendaftaran/pengemaskinian sebagai pengundi, JKR telah mendapatkan khidmat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia untuk membuka mobile caravan atau kaunter SPR seperti ketetapan berikut:

        Tarikh       :     9 Mac 2017 (Khamis)
        Masa         :     9.00 pagi -5.00 petang
        Tempat     :     Ruang Legar Plaza, Menara Kerja Raya (Blok G)
                                Jalan Sultan Salahuddin
                                50400 KUALA LUMPUR.


Bagi melancarkan proses pendaftaran pengundi, kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengurus proses pertukaran alamat sekiranya terdapat kakitangan yang perlu membuat pertukaran alamat. Lanjutan itu, YBhg. Dato' Sri/Dato'/Datin/Tuan/Puan yang masih belum mendaftar atau hendak mengemaskini butiran diri bolehlah hadir ke kaunter SPR dan JPN tersebut di lokasi yang dinyatakan di atas.