Date: Jumaat, November 4, 2016

Program Gotong-royong Perdana dan Amalan 3R telah diadakan pada 4 November 2016 (Jumaat) yang lalu bertempat di Ruang Legar Kafetaria,  Aras 3, Menara Kerja Raya (Blok G). Program tersebut merupakan salah satu kriteria penilaian Audit Persijilan EKSA.

Program tersebut telah dimulakan dengan upacara perasmian oleh Pengarah Caw. Dasar dan Pengurusan Korporat, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman, yang juga Penghulu EKSA Bangunan Menara Kerja Raya (Blok G).  Dalam upacara tersebut, YBhg. Dato’ Ir. Hj. Mohd Jamal bin Sulaiman telah menyerahkan peralatan gotong-royong kepada semua wakil cawangan di Blok G sebagai tanda simbolik merasmikan Program Gotong-royong Perdana dan Amalan 3R sebelum aktiviti gotong-royong dilaksanakan di zon masing-masing.

Diharap program ini dapat menjadi amalan warga Blok G dalam memastikan persijilan EKSA dapat diperoleh dengan cemerlang.