Date: Isnin, April 10, 2023

Program Ikrar Bebas Rasuah Cawangan Jalan yang bertemakan “Mencegah Ketirisan Dalam Pengurusan Projek” bagi tahun 2023 telah diadakan pada 7 April 2023 (Jumaat) bertempat di Auditorium Memorial Tunku Abdul Rahman Putra. Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Pengarah Kejuruteraan Jalan & Jambatan dan Ketua-Ketua Bahagian/Unit serta Warga Cawangan Jalan seramai 120 pegawai secara bersemuka dan 70 pegawai atas talian telah dinamakan sebagai peserta untuk program kali ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa Pengarah Kanan Cawangan Jalan, dan diikuti ucapan oleh YBhg. Datuk Razim bin Mohd Noor Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sempena majlis program ikrar bebas rasuah Cawangan Jalan.

Ikrar Bebas Rasuah ini telah disaksikan oleh YBhg. Datuk Razim bin Mohd Noor Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang telah sudi meluangkan masa bagi menyempurnakan sesi bacaan Ikrar Bebas Rasuah Cawangan Jalan Tahun 2023.

Selain daripada itu juga Program Santai Anti Rasuah yang bertemakan “Mencegah Ketirisan Dalam Pengurusan Projek” turut disertakan dalam program ini dimana pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam menyampaikan taklimat adalah seperti berikut:

  1. PKPj Samsul Bin Salip (panel)
  2. PKj Mohamad Izam Bin Abd Nasir (panel)
  3. KPKPs Effezul Azran Bin Abd Maulop (moderator) dengan penuh bertenaga.

Adalah diharapkan bahawa semua warga Cawangan Jalan mendapat faedah dan manfaat daripada program ini untuk dibudayakan dalam pelaksanaan tugasan di Cawangan Jalan dan seterusnya untuk Jabatan secara keseluruhannya.