Date: Isnin, Februari 22, 2016

Pada 21 dan 22 Februari 2016, Ketua Pengarah Kerja Raya telah mengadakan lawatan ke JKR Negeri Kedah, JKR Pulau Pinang dan Pejabat SUK Pulau Pinang, sebagai sebahagian daripada program 'walkabout'  dan "Jalinan Murni" Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini. Sebelum lawatan KPKR ke JKR Kedah dan Pulau Pinang, KPKR terlebih dahulu mengadakan lawatan ke JKR Negeri Johor pada 13 dan 14 Feb 2016. Sepanjang lawatan KPKR ke JKR Johor, beliau telah mengadakan lawatan ke tapak Projek IPD Nusajaya, Projek IPK Johor Bahru serta program ramah mesra bersama kakitangan dan Rakan KKR Johor.
Program lawatan ke JKR Negeri ini bertujuan untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan, di samping untuk menyampaikan amanat kepada warga JKR agar dapat mempersiapkan diri dalam menghadapi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) . Warga juga perlu mempertingkatkan imej JKR melalui perubahan sikap dalam melaksanakan tugasan.
Lawatan beliau turut diserikan dengan Program Beramah Mesra bersama Rakan KKR Negeri Kedah dan Pulau Pinang, serta kunjungan hormat beliau ke Pejabat SUK Pulau Pinang. 
 tujuan sesi perjumpaan KPKR dengan Rakan KKR ialah bertujuan untuk mengeratkan hubungan, menghargai sumbangan rakan KKR dan seterusnya membantu KKR dan JKR dalam menjaga imej JKR di pandangan rakyat.Semoga program Jalinan Murni ini akan meningkatkan hubungan dan persefahaman semua warga JKR demi mencapai kesepakatan yang diharapkan.