Date: Rabu, April 24, 2019

Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menganjurkan Program Jom Baca Bersama @ JKR 2019 pada 23 April 2019. Penganjuran Program Jom Baca Bersama @ JKR 2019  ini dilaksanakan bersempena dengan Program Jom Baca bersama 10 minit yang diadakan serentak di seluruh negara pada 23 April 2019 (Selasa).  Ia merupakan Program Galakan Membaca peringkat  jabatan sebagai tanda komitmen  jabatan  menyokong  hasrat kerajaan dalam pelaksanaan  Dekad Membaca Kebangsaan (2021 - 2030) untuk menjadikan Malaysia  sebagai negara membaca 2030. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.