Date: Isnin, Julai 4, 2022
YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia telah turut serta dalam program Fun Ride CSR  sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Negeri Perak bertempat di SMK Dato Maharaja Lela, Kg. Gajah, Perak pada 2 Julai 2022.
 
Program Fun Ride CSR turut disertai oleh YB Ahli Parlimen Pasir Salak, YB Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara, YB. Dato' Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Ketua- ketua jabatan, Pegawai- pegawai kanan kerajaan serta orang awam.
 
YBhg. Datuk Ir. KPKR bersama YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN telah menyertai kayuhan sejauh lebih kurang 8km bermula di SMK Dato Maharaja Lela dan berakhir di Kompleks Sejarah Pasir Salak.
 
Dianggarkan seramai lebih 100 orang peserta telah menyertai program fun ride tersebut.