Pada 19 Februari 2025 (Rabu), Bahagian Integriti Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dengan kerjasama JKR Daerah Sabak bernam telah menganjurkan Program Kembara Integriti Siri 1 Tahun 2025 (JKR Daerah Sabak Bernam) yang berlangsung di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Program ini dihadiri seramai 90 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JKR Daerah Sabak Bernam. Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor; YBrs. Ir. Mohd Nizam bin Din, Ketua Bahagian Integriti, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK); PPj Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor dan juga pegawai-pegawai daripada Bahagian Integriti, CDPK selaku urus setia induk program.
Program dimulakan dengan sesi taklimat bertajuk ‛Kesalahan Rasuah dibawah Akta SPRM 2009’ yang disampaikan oleh Ps Mohamad Izzat bin Mhd Noor dari Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor. Seterusnya, program diteruskan dengan Majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang diketuai oleh oleh YBrs. Ir. Shahrizam bin Mat Salleh, Jurutera Daerah JKR Sabak Bernam.
Dokumen IBR ditandatangani oleh Tuan Jurutera Daerah JKR Sabak Bernam dan disaksikan oleh PPj Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri Selangor bersama-sama Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor dan Ketua Bahagian Integriti, CDPK.
Program Kembara Integriti ini diakhiri dengan Sesi Dialog Antirasuah “Tatakelola Dalam Perolehan” yang dikendalikan oleh moderator, YBrs. Cik Najwa Khairunisa binti Afendi. Barisan panel terdiri daripada PPj Rosmadi bin Kasim, Ketua Cawangan Pendidikan Masyarakat, SPRM Negeri Selangor dan YBrs. Ir. Mohd Nizam bin Din, Ketua Bahagian Integriti, CDPK. Sesi dialog ini bertujuan mengupas isu-isu berkaitan dalam perolehan yang mebabitkan kesalahan-kesalahan rasuah yang sering berlaku dalam perolehan serta risiko dan kesan akibat rasuah.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 401 bacaan