Date: Rabu, Januari 23, 2019

 

Klik di sini untuk memuat turun Garis Panduan Konvensyen KIK JKR Malaysia 2019 (pdf)

Program Konvensyen KIK JKR Tahun 2019 bertujuan menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di JKR akan diadakan bermula pada tarikh iklan ini dikeluarkan seperti butiran berikut;

 

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan
  1. Semua borang penyertaan KIK daripada pejabat Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada pihak urus setia iaitu Unit Inovasi Kejuruteraan, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE JKR selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019 
  1. Laporan komprehensif projek hendaklah sampai kepada pihak urus setia sebelum 31 Mei 2019
  1. Setiap ahli kumpulan KIK hendaklah membaca garis panduan yang disertakan untuk keterangan lanjut berkenaan dengan keperluan penyertaan Konvensyen KIK ini.

 

  1. Semua kakitangan JKR Cawangan / Bahagian / Negeri / Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program ini dengan mengemukakan Borang seperti di Lampiran J3 (Garis Panduan Konvensyen KIK JKR 2019) kepada pihak Urus Setia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2019  melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC / KPPiB / KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:

 

Unit Inovasi Kejuruteraan

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan,

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE),              

Jalan Kemus, Simpang Ampat

78000 Alor Gajah, Melaka.

 

  1. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program KIK JKR Tahun 2018, sila hubungi:

Shahril Bin Azizi : (T) : 06- 551 2232 samb (2269)

(E) : shahrilazizi.jkr [at] 1govuc.gov.my ( (link sends e-mail))