Date: Isnin, Februari 24, 2020

MUAT TURUN GARIS PANDUAN KONVENSYEN KIK JKR MALAYSIA 2020 DI SINI

Program Konvensyen KIK JKR Tahun 2020 bertujuan menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di JKR akan diadakan bermula pada tarikh iklan ini dikeluarkan seperti butiran berikut;

  1. Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga JKR dalam bentuk kumpulan sekurang-kurangnya dua (2) orang tetapi tidak melebihi sepuluh (10) orang bagi setiap kumpulan
  1. Semua borang penyertaan KIK daripada pejabat Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan hendaklah sampai kepada pihak urusetia iaitu Unit Inovasi Kejuruteraan, Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE JKR selewat-lewatnya pada 31 Mei 2020
  1. Laporan komprehensif projek hendaklah sampai kepada pihak urusetia sebelum 31 Mei 2020
  1. Setiap ahli kumpulan KIK hendaklah membaca garis panduan yang disertakan untuk keterangan lanjut berkenaan dengan keperluan penyertaan Konvensyen KIK ini.
  1. Semua kakitangan JKR Cawangan / Bahagian / Negeri / Unit Khas dengan segala hormatnya adalah dipelawa untuk menyertai Program ini dengan mengemukakan Borang seperti di Lampiran J3 (Garis Panduan Konvensyen KIK JKR 2020) kepada pihak urusetia selewat-lewatnya pada 31 Mei 2020  melalui Ketua Program Penyelidikan dan Inovasi Cawangan/ Bahagian atau Negeri (KPPiC / KPPiB / KPPiN) masing-masing dan dialamatkan kepada:

 

Unit Inovasi Kejuruteraan

Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan

Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)

Jalan Kemus, Simpang Ampat

78000 Alor Gajah, Melaka

 

  1. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Program KIK JKR Tahun 2020, sila hubungi:

Nama

Emel

No. Telefon

Chai Siok Ling

csling.jkr [at] 1govuc.gov.my

06-551 2269

Mohamad Fadlizuha Bin Mahat

fadlizuha.jkr [at] 1govuc.gov.my

06-551 2260

 

Sekian, terima kasih.