Date: Isnin, Januari 29, 2018

Kementerian Pengajian Tinggi melalui Institut Sultan Iskandar, UTMKL telah menghantar sepuluh (10) orang Pensyarah dari Kolej Komuniti dan Politeknik yang terpilih bagi mengikuti Program Latihan Building Information Modeling (BIM) pada 22 hingga 26 Januari 2018 bertempat di Unit BIM, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Program ini merupakan sebahagian daripada syarat penganugerahan Advanced Diploma/Professional Certificate in BIM kepada pensyarah yang terlibat di mana ianya merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha memperluaskan bidang pengetahuan BIM di peringkat pengajian tinggi.

Diharapkan agar pensyarah yang terlibat di dalam program ini dapat menyalurkan ilmu yang diperolehi kepada para pelajar dan seterusnya dapat merealisasikan hasrat kerajaan dalam memberikan pendidikan awal mengenai teknologi pembinaan terkini di peringkat pengajian tinggi.

Selain itu, program ini secara tidak langsung dapat menaikkan imej JKR sebagai agensi teknikal dan sumber rujukan dalam pelaksanaan BIM di peringkat nasional.