Date: Selasa, Jun 7, 2016
7 Jun 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke Menara PJD, Menara Maju dan Menara Tima sebagai sebahagian daripada program 'walkabout' Pejabat KPKR ke JKR Negeri dan Cawangan di seluruh negara pada tahun ini.
Delegasi KPKR telah memulakan lawatan ke Menara PJD tepat jam 9.00 dan disambut oleh warga kerja Menara PJD. Lawatan KPKR melibatkan semua Cawangan di Menara PJD iaitu, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu, (CPAB), Pasukan Projek Khas Bangunan, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, (CKG),Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga, (CAST),Cawangan Jalan,(CJ), Cawangan Kerja Bangunan Am 1, (CKBA 1),Cawangan Kerja Bangunan Am 2, (CKBA 2) dan Cawangan Latihan dan Inovasi, (CLI).
Lawatan Kerja KPKR diteruskan ke Menara Maju Junction pada jam 11.30 pagi. Cawangan yang terlibat adalah Cawangan Kerja Keselamatan, (CKS) dan juga Cawangan Kerja Pendidikan, (CKP). Program lawatan KPKR ini diakhiri dengan lawatan ke Menara TIMA yang melibatkan 2 Cawangan iaitu Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, (CKUB) dan Cawangan Arkitek, (CA).
Di dalam lawatan ke Cawangan ini, KPKR telah menyampaikan amanat beliau kepada warga JKR dalam menangani persepsi rakyat terhadap JKR dan seterusnya perubahan sikap untuk memastikan JKR kekal relevan dalam perkhidmatan kepada rakyat. Lawatan KPKR akan diteruskan pada hari kedua (8 Jun 2016) iaitu ke Blok C, Blok D, Blok F dan Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia.





- 1102 bacaan