YBrs. Ir. Hj. Zulkifli bin Abdul Rashad, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) telah mengadakan program lawatan kerja ke Wilayah Persekutuan (WP) Labuan pada 26-27 Januari 2025. Rombongan ini telah disambut oleh YBrs. Ir Hj Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan dan kakitangan JKR WP Labuan. Turut hadir bersama semasa sesi lawatan ini adalah YBrs. Ir Hj Suhaili bin Mansor, Pengarah Kanan Cawangan Kerja Mekanikal JKR WP Labuan.
Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) telah berkesempatan melaksanakan lawatan ke lokasi-lokasi berikut;
Semasa lawatannya ke tapak Projek Naiktaraf Sistem Gas Perubatan Hospital Labuan, TKPKR (Sektor Pakar) mengingatkan pihak kontraktor untuk memfokuskan kerja-kerja di tapak serta mempertingkatkan prestasi kerja bagi membolehkan kerja disiapkan dalam tempoh, dan kualiti yang ditetapkan demi kesejahteraan rakyat W.P. Labuan.
Beliau juga berkesempatan bertemu dan beramah mesra dengan kakitangan JKR WP Labuan pada Sesi Amanat dan Ramah Mesra serta menyaksikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak Secara 2 in 1 bagi Projek Pagar Keselamatan dan Pertahanan Pangkalan Udara Labuan bertempat di Bilik Gerakan, JKR WP Labuan.
Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang berjaya dan diteruskan dengan sesi menandatangani surat Aku Janji Kontraktor. Turut hadir bersama semasa sesi Penyerahan SST ini adalah wakil dari Cawangan Kerja Keselamatan JKR Malaysia,wakil Kementerian Pertahanan, dan wakil Pangkalan Udara WP Labuan.
JKR WP Labuan amat berbesar hati menerima lawatan beliau. Segala amanat dan pesanan yang disampaikan akan disematkan dalam ingatan dan dijadikan panduan dalam setiap tindakan. JKR WP Labuan berharap agar lawatan ini akan meninggalkan kenangan yang indah dan bermakna untuk beliau serta rombongan.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 312 bacaan