Selari dengan saranan YAB Perdana Menteri untuk reformasi perkhidmatan awam (civil service reform), penjawat awam disaran meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam, meningkatkan kesediaan penjawat awam dalam melaksanakan perubahan dan meningkatkan daya saing negara.
Sehubungan itu, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) merealisasikan hasrat Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya dengan mengadakan Program Leadership In Shaping Organization Culture ‘The Way Forward’ untuk Pengurusan Kerja Raya Malaysia. Program kerjasama antara CDPK dan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan & Teknologi JKR (CREaTE) ini diadakan di pusat latihan CREaTE Alor Gajah, Melaka yang disertai oleh 55 orang Pengurusan Tertinggi Jabatan, Pengarah Kanan, Pengarah Cawangan / Negeri / Wilayah Persekutuan / Pengarah Pembinaan dan Pengarah KADER.
OBJEKTIF PROGRAM
- Membangun gaya kepimpinan dengan membentuk budaya kepimpinan yang proaktif, komunikasi berkesan serta berupaya membuat keputusan yang lebih efektif. Membawa kepada perubahan persekitaran organisasi yang lebih positif demi meningkatkan prestasi dan reputasi organisasi;
- Membina jalinan hubungan yang lebih kukuh di dalam pengurusan organisasi dengan matlamat dan nilai yang sama bagi meningkatkan kesejahteraan organisasi; dan
- Membangun lapisan barisan pemimpin pada masa depan yang boleh memupuk nilai dan tingkah laku dalam mencapai matlamat dan menghadapi cabaran.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Haji Baharuddin, Pengarah CDPK dan seterusnya YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, KPKR memberi ucapan pembukaan program serta menyampaikan hasrat dan harapan pelaksanaan program bagi pemerkasaan pengurusan Jabatan Kerja Raya.
Program ini berlangsung selama 3 hari dengan pengisian modul kepimpinan “Developing Great Leaders for JKR Strategic Growth” dan aktiviti-aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada semua peserta bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman dan pengetahuan mempelajari dari pengalaman dari peserta lain. Terdapat juga kes kajian, permainan, latihan perbincangan dan filem serta video Latihan semasa program.
Dalam usaha untuk memperkukuh kepimpinan serta meningkatkan kecemerlangan organisasi, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah melancarkan program "Leadership Resolution". Program ini memberi penekanan kepada:
- I2C - Kolaborasi, Inovasi, dan Kepuasan Pelanggan (Collaboration, Innovation, Customer-centric)
JKR komited untuk menggalakkan kolaborasi yang berkesan antara anggota organisasi, inovasi dalam proses dan penyelesaian, serta memberi keutamaan kepada pelanggan dalam semua aspek perkhidmatan.
- I.C.E - Integriti, Komitmen, dan Kecemerlangan (Integrity, Commitment, Excellence)
JKR menekankan kepentingan mempraktikkan nilai-nilai teras integriti, komitmen yang tinggi terhadap tanggungjawab, dan pencapaian kecemerlangan dalam perkhidmatan.
- P.E.R.C - Dipacu oleh Prestasi, Menggalakkan dan Memberi Kuasa, Menjadi Contoh, Mencabar Status Quo (Performance driven, Engage & empower, Role model, Challenge the status quo)
Jabatan ini komited untuk memacu prestasi setiap anggota organisasi, memberi kuasa serta inspirasi kepada pasukan, menjadi contoh teladan dalam kepimpinan, dan mencabar status quo dengan mengubah atau memperbaiki keadaan semasa yang mungkin tidak lagi berkesan atau relevan serta digalakkan untuk tidak berpuas hati dengan keadaan yang ada, tetapi sentiasa mencari cara untuk memperbaiki dan mencapai kejayaan yang lebih besar.
Diharapkan dengan terhasilnya I AM JKR maka bermulalah perjalanan hala tuju yang lebih segar dan dinamik dalam usaha menyatukan warga JKR di semua peringkat dengan satu visi, satu misi, satu objektif, dan satu hala tuju, sekaligus memastikan JKR terus menjadi penyedia perkhidmatan bertaraf dunia yang unggul.
#IamJKR
#KitaJKR
#JKRsynergy
#JasaKepadaRakya
- 830 bacaan