Date: Jumaat, Mei 27, 2022
Pada 23 & 24 Mei 2022, Unit BIM, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks (BPPK), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) telah menerima kunjungan delegasi dari JKR Sabah yang diketuai oleh Tuan Awangku Eddie Syukrie Pg. Abdullah, Ketua Penolong Pengarah (Cawangan Ukur & Sokongan Maklumat). Pihak JKR amat berbesar hati menerima kunjungan ini dan meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam pelaksanaan BIM di JKR.
Objektif lawatan delegasi yang terdiri daripada 26 orang kakitangan daripada pelbagai cawangan JKR Sabah ini adalah untuk mempelajari adaptasi pelaksanaan BIM di JKR dalam pengurusan aset menyeluruh serta pembangunan kompetensi, sumber manusia dan teknologi berdasarkan polisi jabatan sebagai persediaan bagi melaksanakan inisiatif BIM dalam projek-projek di bawah kendalian JKR Sabah.
Program lawatan selama dua (2) hari ini dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Arkitek Penguasa Unit BIM iaitu Puan Norliza binti Kadir. Program diteruskan dengan taklimat daripada wakil Unit BIM CPAB dan CKUB JKR yang merangkumi topik seperti berikut:
      i.        Status Pelaksanaan BIM di JKR
    ii.        Pengenalan BIM
   iii.        Pembangunan Model BIM setiap disiplin
   iv.        Koordinasi dan Simulasi Pembinaan
    v.        Penjanaan Kuantiti & Keperluan Kontrak
   vi.        Integrasi BIM dan Pengurusan Aset & Fasiliti
  vii.        Kaedah Pelaksanaan Projek
 viii.        Strategi Pelaksanaan BIM dalam Organisasi
   ix.        Pengurusan Data
Manakala program pada hari kedua pula diteruskan dengan taklimat daripada wakil industri pembinaan seperti berikut:
   i.        Integrasi BIM dalam Reka bentuk Sivil & Struktur – Bryan Ewe Teik Tsia (MES Solution Sdn Bhd)
   ii.        Pelaksanaan BIM dalam Projek Jalan –. Iyas bin Mahzan (UTNM Resources Sdn Bhd)
   iii.        Integrasi 3D Scan & BIM – Razak Wong Chen Keng (Geodelta System Sdn Bhd)
Program diakhiri dengan ucapan penutup dan penyampaian cenderahati oleh YBrs. Ir. Atikah binti Zakaria @ Ya, Pengarah BPPK, CPAB dan seterusnya diakhiri dengan sesi lawatan pihak delegasi ke pejabat Unit BIM dan Studio Latihan BIM.
Melalui perkongsian pengetahuan dan pengalaman yang diberikan, diharapkan agar pelaksanaan dan potensi penggunaan BIM dapat diperluaskan di peringkat nasional bagi memacu pertumbuhan ekonomi digital yang mampu memberi manfaat dalam pengurusan aset menyeluruh dan pembangunan infrastruktur negara.