PROGRAM OUTREACH AKRAB JKR MALAYSIA TAHUN 2015
 
AKRAB JKR Malaysia telah melaksanakan Program Outreach Tahun 2015 pada 20 Oktober 2015 – 22 Oktober 2015 di JKR Wilayah Persekutuan Labuan dengan jayanya. 
 
Program ini merupakan salah satu program tahunan yang telah dirangka oleh Ahli Jawatankuasa AKRAB JKR Malaysia dengan kerjasama : -
 
i.Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, CDPK, JKR
ii.Cawangan Psikologi Dan Kaunseling, KKR
iii.Penyelaras AKRAB JKR Wilayah Persekutuan Labuan
 
Objektif utama program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk menyebarluaskan  serta mempromosikan kewujudan dan peranan ahli AKRAB dan juga aktiviti-aktiviti AKRAB kepada Warga JKR Wilayah Persekutuan Labuan.
 
Program Outreach AKRAB tahun ini telah menggabungkan tiga (3) aktiviti utama iaitu :-
 
i.Sesi taklimat berkaitan kewujudan dan peranan ahli AKRAB JKR Malaysia serta aktiviti yang telah dilaksanakan.
-Taklimat ini telah disampaikan oleh Ir. Noor Ezzuddin Bin Ghazali Azmi  Pengerusi J/kuasa AKRAB JKR Malaysia.
 
ii.Program CSR Akrab bersama Tadika Kemas Wilayah Persekutuan Labuan
-Delegasi AKRAB JKR bersama dengan pegawai Psikologi KKR dan penyelaras CDPK, JKR telah bersama-sama mengendalikan aktiviti di Tadika tersebut di antaranya menceriakan sudut bacaan, menjalankan Terapi Seni ke atas kanak-kanak Tadika telibat bagi mengenali secara ringkas personaliti mereka serta mengadakan Birthday Party bagi memeriahkan suasana. Kanak- kanak tersebut amat gembira dengan kehadiran delegasi AKRAB.
 
iii.Hari Terbuka AKRAB JKR Wilayah Persekutuan Labuan 
-Hari Terbuka ini telah dirasmikan oleh Ir.Ismail Bin Che Ros, Pengarah JKR WP Labuan. Sambutan daripada pegawai dan kakitangan JKR WP Labuan amat memberansangkan. Terdapat juga peserta dari agensi lain seperti Jabatan Veterinar dan Jabatan Pertanian yang hadir melibatkan diri dengan aktiviti yang telah diatur di antaranya :-
 
i.Sesi bimbingan
ii.Personality games
iii.Brain teaser dan lain-lain