Date: Jumaat, Oktober 11, 2019

Program Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2019 bertemakan “Semangat Yang Bangkit” telah berlangsung dengan jayanya pada 8 Oktober 2019 bertempat di Dewan Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar Johor. Program Outreach ini merupakan program tahunan yang dirancang bertujuan untuk menyebarluas dan mempromosikan kewujudan dan peranan ahli AKRAB serta aktiviti-aktiviti AKRAB kepada warga JKR di peringkat Ibu Pejabat dan juga JKR Negeri. Program pada kali ini telah dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, AKRAB JKR Malaysia dan JKR Negeri Johor.

Majlis perasmian telah dilaksanakan oleh YBrs. Ir. Haji Mohamad Salleh bin Abu Bakar, Pengarah JKR Negeri Johor. AKRAB SUK Johor turut dijemput hadir ke program outreach AKRAB JKR ini bagi mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama AKRAB. Program ini telah berjaya menarik minat seramai 160 orang peserta yang terdiri dari ibu pejabat JKR Negeri Johor dan seluruh JKR daerah Johor. Antara program yang telah diadakan adalah:
 

1.    Sesi Taklimat Pengenalan AKRAB JKR Malaysia

2.    Sesi Ceramah Motivasi oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kerja Raya Malaysia

3.    Sesi Pameran berkaitan Parenting Style, Numeorology, Stredis, Art Theraphy dan Interaktif Games   


Sesungguhnya platform AKRAB ini adalah cerminan kepada komitmen serta sokongan padu terhadap usaha JKR Malaysia mewujudkan modal insan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga kerja JKR.