Date: Selasa, September 22, 2020

Program Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2020 bertemakan ‘Prihatin, Proaktif, Seronok Bekerja’ #KitaJagaKita telah berlangsung dengan jayanya pada 15 September 2020 bertempat di Hotel Casuarina @Meru, Perak. Program Outreach ini merupakan program tahunan yang dirancang bertujuan untuk menyebarluas dan mempromosikan kewujudan dan peranan ahli AKRAB serta aktiviti-aktiviti AKRAB kepada warga JKR Perak di peringkat Ibu Pejabat dan juga di daerah. Program pada kali ini telah dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), AKRAB JKR Malaysia dan JKR Negeri Perak.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Roslan Bin Abdul Ghani, Pengarah JKR Negeri Perak. Seramai 50 orang peserta telah hadir yang terdiri dari pegawai di ibu pejabat JKR Negeri Perak dan seluruh JKR daerah Perak. Antara program yang telah diadakan adalah: 

1. Sesi Taklimat Pengenalan AKRAB JKR Malaysia

2. Sesi Ceramah Motivasi oleh Cawangan Pengurusan Psikologi, Kementerian Kerja Raya Malaysia

3. Sesi Pameran berkaitan Parenting Style, Numeorology dan Interaktif Games   

Sesungguhnya platform AKRAB ini adalah cerminan kepada komitmen serta sokongan padu terhadap usaha JKR Malaysia mewujudkan modal insan yang cemerlang dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua warga kerja JKR.