Date: Jumaat, Ogos 4, 2023

Program Outreach AKRAB JKR Malaysia Tahun 2023 bertemakan “Melangkah Terus, Menongkah Arus, Kita Terus Bersama” telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Ogos 2023 bertempat di Dewan Q, Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis. Program Outreach ini merupakan program tahunan yang dirancang bertujuan untuk menguar-uarkan kepada semua pegawai JKR Negeri Perlis berkenaan kewujudan dan fungsi AKRAB JKR Malaysia. Program pada kali ini telah dianjurkan secara bersama oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK), AKRAB JKR Malaysia dan JKR Negeri Perlis.

 

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said​, Pengarah JKR Negeri Perlis. Program ini telah berjaya menarik minat seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan JKR Perlis. Antara program yang telah diadakan adalah:

  1. Sesi Taklimat Pengenalan AKRAB JKR Malaysia
  2. Sesi Ceramah Motivasi oleh Pegawai Psikologi dari Pusat Koreksional Perlis
  3. Sesi Aktiviti Berkelompok bertajuk “Kenali & Sayangi Diri”
  4. Sesi Pameran berkaitan Art Therapy, Optical Illusion, Parenting Style, Cats, Numerology dan Interactive Games  

 

Sesungguhnya platform AKRAB ini adalah cerminan kepada komitmen serta sokongan padu terhadap usaha JKR Malaysia dalam mewujudkan modal insan yang cemerlang. Warga kerja yang berkualiti mampu bekerja secara efektif dan efisien yang dapat meningkatkan daya saing jabatan.