Date: Khamis, Disember 15, 2016
YBhg. Dato' Sri/ Dato’/ Datuk/Datin/Tuan/Puan warga JKR yang dihormati,
 
Bersama ini disertakan brosur  dan borang pendaftaraan bagi  Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Anjuran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). Sehingga tarikh hari ini, seramai enam (6) orang pegawai JKR yang telah ditauliahkan sebagai CeIO dalam program ini, iaitu seperti senarai dibawah:
 
Bil Nama Gred Siri/Tahun
1 Datin Sr Norlaili binti Ahmad * J54 1/2010
2 Sulaimi bin Nordin J52 3/2011
3 Hj Razman bin Md Darus * J48 8/2014
4 Sr Siti Baizura binti Mohamad Nor J54 10/2015
5 Ir Dr Hannerita binti Mohamad Zainal J54 11/2015
6 Abd Rani bin Harun J52 14/2016

* Telah bersara

Adalah menjadi hasrat jabatan meningkatkan bilangan CeIO ini agar aktiviti meningkatkan integriti JKR dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Mohon pencalonan dari JKR Cawangan dan JKR negeri bagi program yang dijangka bermula pada pertengahan Feb 2017 ini dengan mengisi borang pendaftaran (mohon perakuan Ketua jabatan adalah Pengarah Cawangan / Negeri), dan mengembalikannya  secara soft copy kepada hannerita [at] jkr.gov.my  dan hard copy kepada Ketua Bahagian Audit dan Integriti (BAI), CDPK pada atau sebelum 23 Dis 2016.

Salam meramaikan CeIO di JKR agar integriti JKR lebih mantap,
 
Ir Dr HANNERITA BINTI MOHAMAD ZAINAL, CeIO
Ketua Bahagian Audit dan Integriti (BAI),