Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS) dan Bahagian Sekretariat (BS), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kepong, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan Program Pembudayaan Kesihatan Pengurusan Atasan JKR Malaysia pada 15 Januari 2025 (Rabu) di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Program ini telah berlangsung pada jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang dan disertai oleh seramai 43 orang pegawai Pengurusan Atasan dari pelbagai Cawangan dan Negeri.
Program ini diadakan selari dengan hasrat YBhg. Datuk Wira Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) dalam memastikan semua barisan pengurusan atasan mempunyai tahap kesihatan yang baik dan turut menyahut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan Agenda Nasional Sihat Negara (ANMS).
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) mewakili YBhg. Datuk Wira KPKR. Program ini dimulakan dengan briskwalk sekitar Taman Botani Perdana dan diakhiri dengan aktiviti pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah (BP), kadar kolesterol dan gula, serta BMI pegawai pada sebelah petang.
Tahniah kepada semua barisan pengurusan atasan yang telah menyertai program ini. Semoga program ini dapat mengukuhkan pembudayaan hidup sihat seterusnya kekal sihat, ceria dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan seharian.
Berikut adalah pautan video sepanjang program berlangsung: https://shorturl.at/aVcBe
- 426 bacaan