Date: Isnin, Ogos 15, 2016

Program Penyatuan dan Jalinan Mesra Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) 2016 telah diadakan pada 9 hingga 10 Ogos  2016 bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.

Pengarah Kanan  CPAB, Yang berusaha Ir. Hj. Mohd Daud bin Harun telah menyampaikan ucapan perasmian program ini yang dihadiri oleh 320 orang kakitangan CPAB dari Ibu pejabat Bahagian Perundingan Pengurusan Aset (BPPA), Ibu pejabat Bahagian Pengurusan Projek Kompeleks (BPPK) dan  dari  lima belas (15) CPAB Negeri.

Program ini mempunyai lima (5) objektif:

1. Merapatkan jurang (gap) pengetahuan warga CPAB dalam kompetensi ‘Pengurusan Perubahan’  bagi membolehkan warga CPAB dapat melaksanakan tugas  sebagai  ejen perubahan (role as change agent) yang berkesan.

Warga CPAB adalah ejen perubahan bagi :

i. Mengubah cara bekerja JKR dalam menguruskan  projek kerajaan  menggunakan Amalan Terbaik yang dibangunkan oleh BPPK, CPAB. 

ii. Mengubah cara bekerja JKR dan semua  kementerian  dalam menguruskan aset tak alih kerajaan menggunakan Amalan Terbaik yang dibangunkan oleh BPPA, CPAB.

Perkongsian ilmu ini diberikan oleh Pn Faridah Hanim binti Haron (Ibu Hanim), seorang pakar dalam bidang Pengurusan Perubahan (Ex PETRONAS). Sila klik Nota Slide Pengurusan Perubahan  untuk membacanya.

2. Membina ‘jalinan network’  yang mesra untuk semua warga CPAB.

3. Berkongsi maklumat terkini dari penemuan audit tadbir urus pengurusan aset JKR yang menggambarkan status terkini dalam keberkesanan CPAB dalam peluasan amalan terbaik pengurusan aset.

4. Bersatu dalam berkongsi isu/ cabaran  warga CPAB dan cadangan penyelesaiannya (ketika menjalankan fungsinya sebagai ejen perubahan)

5. Meraikan  dan menghargai warga CPAB yang  bersara sepanjang tahun 2016 dengan kehadiran oleh  pengurusan atasan JKR dan pengarah Cawangan. YBhg Dato’ Ir. Dr. Roslan bin Md. Taha,  TKPKR (Infra) yang  telah sudi menyampaikan cenderahati kepada empat (4) orang pesara CPAB iaitu Pn Sr Junaidah binti Sulaiman (BPPK), En Chen Fook Keong (CPAB Kelantan), Pn Jamiah binti Ishak (CPAB Melaka) dan En Ahmad Tarmizi Lim bin Abdullah (CPAB Terengganu).

Pihak pengurusan CPAB mengharapkan  agar semua warga CPAB  ‘strive harder to ensure the new initiative developed are effective and user-friendly in order to encourage buy-in and a willing support from our friends implementing projects and managing asset’. We are nothing without each other, stay connected…