Date: Jumaat, Januari 22, 2021

Hari ini 22 Januari 2021 pada jam 9.30 pagi, telah berlangsung Program Penyerahan Senarai Kerja Kepada Syarikat Konsesi Bagi Kerja-kerja Penyenggaraan Jalan persekutuan, Penyenggaraan Cerun dan Kelulusan Kerja Elektrik Semenanjung Malaysia Tahun 2021, bertempat di Aras 2, Bilik Berlian Blok G, Menara Kerja Raya Malaysia.

Program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Turut hadir di program tersebut YBrs. Cik Helena Remeo, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBrs. Ir. Hanizan bin Shaffii, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Elektrik, YBrs. Ir. Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, YBrs. Ir. Haji Abd Rahman bin Pandi, Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun serta YBhg. Dato’ Ir. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan pengurusan Korporat.

Program ini merupakan satu inisiatif dan komitmen pengurusan JKR dan pihak konsesi dalam melaksanakan kerja yang diamanahkan. Senarai pihak konsesi adalah seperti berikut:

1. Roadcare Sdn. Bhd.

2. Belati Wangsa (M) Sdn. Bhd.

3. THB Maintenance Sdn. Bhd.

4. Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.

5. Syarikat Konsesi Pintas Utama Sdn. Bhd.

Manakala kerja-kerja penyenggaraan lampu jalan dan lampu isyarat diserahkan kepada JKR Negeri .