Date: Jumaat, Oktober 11, 2019

Program Persada Minda @ JKR 2019 dengan tema " “Minda, Fizikal & Jiwa: Sucikan Hati, Sayangi Diri” telah berlangsung dengan jayanya bermula 8 – 9 Oktober 2019 (Selasa- Rabu) bertempat di di Auditorium Integriti, Institut Integriti Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar).

Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama antara Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) yang diterajui oleh Bahagian Komunikasi Korporat dengan Unit ECKM, Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB). Peserta yang terdiri dari warga Jabatan Kerja Raya meliputi Ibu Pejabat, Negeri, Wilayah dan Daerah.

Majlis dimulakan dengan Ucapan Aluan oleh Pengarah CDPK, YBrs. Pn. Mastura binti Shaari dan seterusnya Ucapan Perasmian Persada Minda @ JKR tahun 2019 oleh YBrs. Ir. Kamaluddin bin Haji Abdul Rashid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar). Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan khas JCoP, JPedia, peminjam bahan bacaan terbanyak, pemenang pertandingan foto “Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit @ JKR 2019” dan juga pelancaran buku yang bertajuk “Legasi Kepimpinan Jabatan Kerja Raya” dan “Koleksi 40 Doa di Majlis Rasmi Jabatan” yang ditulis oleh Ir. Mohd Hazery bin Md. Samsi.

Majlis diteruskan dengan segmen bual bicara bertajuk “Kesihatan Dari Sudut Sains & Tradisonal” yang dibarisi oleh panel daripada Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia, Dr. Amir Shahmi bin Md Ali,  Dr. Mohd Shaiful Azlan daripada Institut Kesihatan Umum dan Uztaz Ikmal Zaidi bin Hashim daripada Akademik Darussyifa’ Malaysia.

Pada Sebelah petangnya pula telah diadakan segmen perkongsian ilmu bertajuk “Teknik Rawatan Kecemasan” oleh En. Kuyilan a/l Muthusamy daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, HKL.  Majlis berakhir pada jam 4.30 petang.

Pada hari kedua, majlis dimulakan dengan segmen perkongsian ilmu bertajuk "Mental Resilensi" oleh En. Aswandi bin Omar, daripada Cawangan Pengurusan Psikologi, KKR. Diikuti kemudian dengan segmen bual bicara bertajuk “Perubatan Alternatif”. Panel jemputan terdiri daripada En. Faizul bin Ghani, Pemilik Pusat Rawatan Diagnosis & Rawatan Holistik, Dr. Radzuan bin Mat Ibrahim, Hospital Rehabilitiasi Cheras, KL dan En. Zainul Azmi bin Ahmad, Presiden Majlis Perubatan Homepathy Malaysia.

Program diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada warga JKR yang telah menyertai  Pertandingan Mencipta Slogan JPedia. Tempat pertama dimenangi oleh En. Mohd Hafiz bin Ahmad, tempat kedua Tuan Syed Zulkarnain Shah bin Syed Ahmad Kamal dan tempat ketiga En. Mohd Idzwan bin Razali.

Program berakhir jam 1.45 petang dan pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Persada Minda @ JKR 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua.