Date: Rabu, Oktober 5, 2022

4 Oktober 2022 (Selasa), bertempat di Aras Mezzanine, Blok G, Menara JKR  telah berlangsungnya Program Persada Minda @ JKR 2022. Program yang dianjurkan bersama Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) dan Cawangan Pengurusan Aset Bersepadu (CPAB) ini turut berkolaborasi bersama Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT) serta Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Dengan tema “Kelestarian Alam Sekitar dan Teknologi Hijau”, program ini telah dirasmikan secara rakaman video oleh YBhg.  Dato’ Seri Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

 

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato' Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan pengurusan korporat, serta pegawai-pegawai Kanan JKR Ibu Pejabat dan negeri (secara maya).Turut diacarakan adalah penyampaian penghargaan dan hadiah pertandingan fotografi dan kuiz Persada Miinda yang dianjurkan bersempena program ini.

 

Dengan kehadiran lebih 100 orang peserta fizikal dan lebih 500 peserta maya melalui saluran webex, program Persada Minda @ JKR 2022 pada tahun ini telah menampilkan empat slot perkongsian ilmu yang mengetengahkan tajuk-tajuk yang menarik seperti “Harimau Malaya Lambang Negara” (PERHILITAN),  “Gaya Hidup Mampan - Sejauh Mana Kita Boleh Buat?” (EcoNights), “Pengenalan Kepada Perubahan Iklim dan Pembangunan yang Berdaya Tahan Terhadap Perubahan Iklim” (Sahabat Alam) dan slot penghayatan kerohanian bertajuk “Jiwa Kacau” yang menampilkan dua orang tokoh yang tidak asing lagi iaitu PU Akram dan Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

 

Program sehari ini juga turut dimeriahkan dengan aktiviti pameran dari jabatan dan agensi seperti YADIM, CASKT, Perpustakaan Negara Malaysia, Jabatan Warisan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta jualan buku oleh Karangkraf dan Rimbunan Ilmu yang diadakan di Aras Plaza. Secara keseluruhannya, program ini telah mencapai objektif sasaran penganjurannya iaitu menyebar luas ilmu pengetahuan dalam pelbagai disiplin serta memupuk budaya pengembangan, perkongsian dan cintakan ilmu yang mampan secara berterusan kepada semua warga JKR.

 

Pemenang Pertandingan Fotografi

Pemenang Kuiz

Pengguna Perpustakaan Paling Aktif

Pengguna Portal JCOP Paling Aktif

Moderator Portal JCOP Paling Aktif

Penyumbang Portal JPEDIA Paling Aktif

Penceramah

Pameran dan Reruai