Date: Rabu, Oktober 23, 2019

Pada 12 sehingga 21 Oktober 2019, seramai 7 orang pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia, seorang pegawai Kementerian Kerja Raya dan 2 orang kakitangan Gamuda Engineering Sdn. Bhd. telah menghadiri Program PTV Certified Trainer Course di Ibu Pejabat PTV Group, Karlsruhe, Jerman.

Program ini adalah lanjutan daripada penerimaan manfaat melalui Program Kolaborasi Industri (Industrial Collaboration Program – ICP) melalui Pelaksanaan Projek Mass Rapid Transit Laluan Kedua (MRT2) Tunneling and Underground Package Works.

Melalui penerimaan ini, JKR melalui Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Kejuruteraan (CKIP) telah menerima peralatan computer dan lesen perisian bagi Perisian Simulasi Pengangkutan, 8 siri latihan dalam tahun 2018 dan kemuncaknya adalah untuk mendapatkan pentauliahan sebagai tenaga pengajar bagi perisian-perisian tersebut.

Semoga dengan penerimaan manfaat ini dapat memberi nilai tambah kepada Jabatan dan Kementerian untuk meningkatkan tahap keupaayaan dalam pembangunan infrastruktur negara.