Date: Isnin, March 10, 2025

Pada 24 dan 25 Februari 2025, telah berlangsungnya Program Roadshow Inovasi Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) Siri 1 Tahun 2025 di Dewan Utama, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE). Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin, Ketua Makmal Penyelidikan Mekanikal, Menjalankan Tugas Pengarah Bahagian Inovasi, Penyelidikan dan Pembangunan Kejuruteraan (BIPPK), CREaTE JKR.

Program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan inovasi dan memupuk semangat daya cipta serta daya saing dalam kalangan warga JKR, di samping sebagai persediaan kepada Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) JKR yang akan menyertai Konvensyen KIK JKR Malaysia Tahun 2025.

CREaTE telah menjemput penceramah-penceramah luar yang berkepakaran dalam bidang inovasi untuk berkongsi ilmu sepanjang dua hari program ini dilaksanakan. Antaranya ialah:

  • Dr. Afnizanfaizal bin Abdullah
    General Manager (Technology Commercialization)
    Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI)
    Tajuk Perkongsian: ​​

    1.  Pitch Perfect: Sell Smart, Win Big!
    2.  Technology Readiness Level (TRL)
  • Ir. Wan Norisa binti Wan Yusoff 
    Jurutera Awam Penguasa Kanan,
    Bahagian Pembangunan Inovasi & Standard (BPIS), Cawangan Jalan

    Tajuk Perkongsian: Road Material Approved List (RMAL)
  • Encik Mohd Haziq bin Samsudin
    Key Account Manager
    Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM)
    Tajuk Perkongsian:
    Pematuhan standard industri: Kunci keberhasilan produk di pasaran (Product Testing and Inspection)
  • Encik Azizi bin Ahmad
    Key Account Manager
    Standard and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM)
    Tajuk Perkongsian:
    Pematuhan standard industri: Kunci keberhasilan produk di pasaran (SIRIM Product and Eco Labelling Scheme Certification)
  • Encik Mohd Apandi bin Aini
    Perunding Latihan Kanan (Sub Pengajian Inovasi)
    Institut Tadbiran Awam Negara 
    Tajuk Perkongsian:
    Strategi Penyediaan Dokumentasi KIK Berkualiti
  • Dr. Norasyikin binti Shaikh Ibrahim
    Timbalan Ketua Pusat ((Sub Pengajian Inovasi)
    Institut Tadbiran Awam Negara 
    Tajuk Perkongsian:
    Tools Penjanaan Idea Dalam Penghasilan Inovasi

Selain itu, CREaTE juga telah menjemput dua (2) kumpulan KIK JKR untuk membentangkan hasil inovasi yang telah berjaya memasuki fasa pengkomersialan pada tahun 2024. Puan Siti Sazmilaila binti Mohd Saimi (JKR Sabak Bernam) dan Ar. Mohd Bukhari bin A. Razak (Cawangan Arkitek), telah membentangkan hasil inovasi masing-masing, iaitu Gap Solution (GapSo) dan Template Reka Bentuk Sekolah Modul BIM Fleksi (TemFlex) dalam sesi Product Pitching.

Program Roadshow Inovasi ini telah dihadiri oleh seramai 210 pegawai dari seluruh JKR Malaysia. Diharap agar program ini akan dapat memupuk semangat budaya inovasi dalam kalangan warga JKR dan menjadi pencetus kepada pembentukan ekosistem inovasi JKR yang lebih berdaya saing, di samping membantu Malaysia menjadi salah sebuah negara yang berpaksikan teknologi tinggi.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat