Program Santuni Madani Bersama dengan Anak Kelahiran Kampung Kota” telah dilaksanakan pada 22 September 2024. Program tersebut telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) bertempat di Dewan Utama, Sekolah Kebangsaan Seri Kota, Kota Bharu, Kelantan. Kehadiran YBhg. Datuk Wira KPKR dan pegawai-pegawai JKR telah disambut meriah oleh pihak sekolah diketuai oleh YBrs. Puan Ashida binti Abdullah, Guru Besar, SK Seri Kota, para guru serta murid-murid SK Seri Kota.
Program Santuni MADANI ini turut diserikan dengan persembahan tarian kebudayaan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Seri Kota. Selain itu, turut diadakan sesi penyampaian jersi kepada pasukan Bola Sepak 'The Castle Young Tigers' dan Tenpin Bowling 'The Castle Stars' SK Seri Kota.
Pada majlis ini, YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, (KPKR) turut berkesempatan menyantuni dan menyampaikan bantuan sumbangan #santuniMadani kepada 30 murid asnaf serta 9 pekerja pembersihan termasuk pengawal keselamatan sekolah. #BakulKasihpantry turut diserahkan kepada YBrs. Guru Besar sebagai tanda penghargaan buat para pendidik SK Seri Kota.
Pada akhir program, YBhg. Datuk Wira KPKR telah diberi penghormatan untuk merasmikan sudut bacaan sekolah “Reading Un Zone” bagi memupuk budaya membaca di kalangan murid sekolah SK Seri Kota. Program Santuni MADANI ini merupakan salah satu usaha kerajaan memberikan ruang kepada Ketua-Ketua Jabatan untuk menyantuni penduduk di kampung asal kelahiran mereka. Untuk makluman, YBhg. Datuk Wira merupakan bekas murid SK Seri Kota dan anak jadi Kampung Kota.
Ia selaras dengan hasrat objektif program Santuni MADANI, iaitu pemimpin yang sentiasa menyantuni dan menjadi suri tauladan kepada murid sekolah kelahiran pemimpin. Jabatan Kerja Raya mendukung aspirasi kerajaan menerusi Program Santuni MADANI: “Satu Pemimpin, Satu Kampung” sebagai usaha meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat melalui pemantauan secara langsung serta libat urus .Fokus utama program Santuni Madani yang telah digagaskan, melibatkan penglibatan sosioekonomi setempat mencakupi kemiskinan, keciciran pendidikan, kesihatan, pengganguran, keselamatan, penyalahgunaan dadah dan infrastruktur.
- 1480 bacaan