Date: Selasa, November 7, 2023

Program STEM CREaTE JKR 2023 telah melabuhkan tirai dengan jayanya. Program yang berlangsung selama dua hari bermula 30 hingga 31 Oktober 2023 telah melibatkan 280 orang pelajar dari 56 buah sekolah sekitar Negeri Melaka. Program STEM CREaTE JKR 2023 ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia teknologi yang diaplikasikan di JKR melalui penyampaian latihan di setiap stesen.

Sesi latihan di setiap stesen STEM adalah yang berikut:

1. Stesen Unit Jalan dan Pavmen - Mari Membina Jambatan

2. Stesen Unit Bangunan dan Struktur -Mari Membina Struktur Yang Kukuh

3. Stesen Unit Arkitek - Perancangan Bandar

4. Stesen Unit Mekanikal - Air Dalam Rumah Datang dari Mana (Sistem Paip Air Dalaman)

5. Stesen Unit Elektrik - Mari Membina Litar Elektrik.

6. Stesen Unit Ukur Bahan - Jom Kira Kos ( Bajet Deco Bilik Impian)

7. Stesen Unit Smart Skills - Hakisan Tanah

8. Stesen Unit Inovasi Kejuruteraan - Leadership Team Spirit

Sekali gus ianya bertujuan memupuk minat dan cita-cita pelajar yang menghadiri porgram ini untuk menceburkan diri dalam profesion teknikal. Ianya juga selari dengan hasrat HPTN dalam menekankan keperluan teknikal dalam negara.

Program ini juga bertujuan menonjolkan kekompetenan pegawai CREaTE dalam penyampaian latihan berdasarkan pengaplikasian Synergistic Training Model yang dipelajari oleh setiap penceramah JKR melalui kursus Train The Trainers (TTT) JKR. Ia merupakan kursus wajib bagi semua penceramah JKR agar penyampaian latihan oleh setiap penceramah menarik, mudah difahami, diingati dan boleh terus diaplikasikan oleh peserta sebaik sahaja selesai latihan.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih diucapkan kepada rakan strategik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah, Alor Gajah (PPD) serta guru-guru dan anak-anak murid sekitar Alor Gajah yang terlibat dengan program STEM CREaTE JKR 2023 ini.

Merujuk kepada hasil maklumbalas yang diperolehi daripada rakan strategik program STEM (KPM, JPN, PPD dan guru pengiring sekolah yang terlibat) ini, didapati seratus peratus (100%) bersetuju bahawa program ini perlu disyorkan kepada orang lain dan 100% menyatakan mereka amat berpuas hati dengan teknik penyampaian latihan yang diberikan kepada pelajar mereka.

stem

stem

stem

stem

stem

stem

stem

stem