Date: Isnin, April 3, 2023

Surau Menara Kerja Raya dengan kerjasama Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) mengadakan Program Tazkirah Tarbiyah Ramadan bagi mengimarahkan Surau di sepanjang bulan Ramadan. Kerjasama ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri yang memohon semua Kementerian & Jabatan kerajaan menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan.

Semua warga JKR adalah dijemput untuk menghadiri Program Tazkirah yang telah disusun dan semoga dengan kehadiran warga JKR akan memeriahkan lagi majlis ilmu  serta mendapat keberkatan hidup dari  ALLAH S.W.T. Di samping itu, agihan "Bubur Lambuk” turut disediakan di setiap sesi Tazkirah.

Program ini bermula pada 1 Ramadan 1444 H bersamaan 23 Mac 2023 (Khamis) dan akan berakhir pada 26 Ramadan 1444H bersamaan 17 April 2023 (Isnin) dan melibatkan sepuluh (10) penceramah jemputan seperti berikut:

BIL

TARIKH

NAMA PENCERAMAH

1

1 Ramadan 1444H / 23 Mac 2023 (Khamis)

YBrs. Ustaz Mohamed Shukeri Yaaccob (Imam Masjid Ar- Rahman, KL)

2

6 Ramadan 1444H / 27 Mac 2023 (Isnin)

YBrs. Ustaz Yusry Rosli (Penceramah Bebas/TV Al-Hijrah)

3

7 Ramadan 1444H / 28 Mac 2023 (Selasa)

YBrs. Ustaz Sadik Ozata (Imam Turkiye)

Majlis penyerahan sumbangan JKR Tabung Kecemasan Bencana Gempa Bumi Turkiye & Syria yang disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBrs. Ustaz Sadik Ozata sebagai wakil Hayrat Relief Malaysia.

4

8 Ramadan 1444H / 29 Mac 2023 (Rabu)

YBrs. Ustaz Hamdan Muhamad Al-Hafiz (JAKIM)

5

12 Ramadan 1444H / 3 April 2023 (Isnin)

YBrs. Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang (JAKIM)

6

13 Ramadan 1444H / 4 April 2023 (Selasa)

Sheikh Ahmed Ali Mohd Al Babeli (Imam Palestin)

YBrs. Ustaz Hj. Mohd Akib Abdullah - Penterjemah Arab - B. Melayu
(Imam Masjid WPKL)

7

14 Ramadan 1444H / 5 April 2023 (Rabu)

YBrs. Ustaz Hj. Mohd Akib Abdullah (Imam Masjid WPKL)

8

19 Ramadan 1444H / 10 April 2023 (Isnin)

YBrs. Ustaz Gunawan Che Abd Aziz (Pegawai Tadbir & Diplomatik)

Jabatan Zakat, Wakaf & Haji

9

21 Ramadan 1444H / 12 April 2023 (Rabu)

Ustaz Syahril Samad (JAKIM)

10

26 Ramadan 1444H / 17 April 2023 (Isnin)

Ustaz Hamdan Muhamad Al-Hafiz (JAKIM)