Date: Selasa, Mei 6, 2025

Pada 2-3hb Mei 2025,  telah berlangsungnya Program Turun Padang Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi ke projek - projek Cawangan Jalan di Negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.  Program turun padang ini turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra); Ir. Atikah binti Zakaria@Ya, Pengarah Kanan Cawangan Jalan serta Pengurusan Kanan Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan projek-projek pembangunan di bawah seliaan Cawangan Jalan  di samping memahami cabaran dan isu-isu yang dihadapi di lapangan.

Sepanjang lawatan, Ybrs Menteri Kerja Raya  dan rombongan telah dibawa melawat beberapa projek utama, iaitu:

  1. Pembinaan Jalan Raya bagi menghubungkan  ICQS Bukit Kayu Hitam Kedah Ke CIQ  Sadao, Thailand.
  2. Membina Jalan dari  Kg Chuping Bawah Bukit Ke Kg Guar Musang dan Panggas Besar Perlis

Lawatan ini turut memberikan gambaran jelas tentang kemajuan projek-projek serta membantu memahami isu dan cabaran di lapangan. Selain itu dapat memperkukuh kerjasama, dan memastikan matlamat pembangunan tercapai dengan jayanya.

Selain itu,  Menteri Kerja Raya, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi dan rombongan turut mengambil kesempatan mengadakan lawatan ke lokasi Cadangan Penggantian Jambatan lama di atas Sungai Derhaka, Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, bagi meninjau kerosakan struktur jambatan yang memerlukan pembaikan segera.

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy 
#JasaKepadaRakyat