Date: Selasa, March 8, 2016
Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg Datuk Ir Haji Adanan bin Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke JKR Negeri Terengganu pada 5 & 6 Mac 2016 yang merupakan sebahagian daripada program walkabout KPKR ke JKR Negeri. 
 
Antara pengisian 'Program Walkabout' KPKR ke JKR Negeri Terengganu ini adalah sesi engagement bersama Rakan KKR Negeri Terengganu telah diadakan di Hotel Felda Residence Kuala Terengganu pada 5 Mac 2016.
 
Pada 6 Mac 2016, YBhg.KPKR turut mengadakan lawatan ringkas ke projek “CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN BANGUNAN KOMPLEKS PENTADBIRAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU BESERTA KEMUDAHAN-KEMUDAHAN LAIN DI SOUTHERN BREAKWATER, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU DARUL IMAN”.
Beliau juga telah meluangkan masa membuat lawatan ke Ibu Pejabat JKR Negeri Terengganu dan menyampaikan amanat kepada warga JKR Negeri Terengganu.
 
Sebelum mengakhiri program tersebut, satu sesi ramah mesra bersama kakitangan JKR Negeri Terengganu telah diadakan sebelum beliau bertolak pulang ke Kuala Lumpur.