Date: Rabu, March 30, 2016
27 Mac 2016 - Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Datuk Ir.Hj. Adanan b Mohamed Hussain telah mengadakan lawatan ke JKR Negeri Kelantan sebagai sebahagian daripada program 'walkabout' Pejabat KPKR ke JKR Negeri di seluruh negara pada tahun ini. 
 
Delegasi KPKR mendarat di Kota Bharu pada 27 Mac 2016 dan dibawa untuk melawat tapak projek Central Spine Road – Membina Jalan Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan Pakej 1B : Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu. KPKR telah dibawa melawat pejabat tapak dan diberi taklimat oleh Pengurus Besar Kanan Pembinaan ECER - Dato' Ir. Hj. CHE NOOR AZEMAN B YUSOFF
 
Pada sebelah malamnya, KPKR telah mempengerusikan Mesyuarat Bersama Jabatan Bil 1/2016 yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, JKR Negeri Kelantan. MBJ kali ini diadakan di JKR Negeri Kelantan sempena program walkabout KPKR ke negeri ini.
 
Pada keesokan harinya, KPKR sekali lagi hadir ke Pejabat JKR Negeri Kelantan bagi sesi walkabout bersama kakitangan JKR Negeri Kelantan. Bagi sesi walkabout kali ini, JKR Unit Kesedar dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan turut dijemput sama untuk bertemu dengan KPKR.
 
Program dimulakan dengan sesi pembentangan dari JKR Negeri Kelantan yang disampaikan oleh Pengarah JKR Negeri, Ir Razani bin Abdul Lazid. Seterusnya, taklimat JKR Unit Kesedar disampaikan oleh Pengarah JKR Unit Kesedar, En. Nek Jid bin Mohd Zin. En Wan Mazuki bin Wan Ismail, Timbalan Pengarah Unit Teknikal JPP Kelantan pula memberikan taklimat tentang JPP Kelantan.
 
Seterusnya KPKR menyampaikan amanat beliau kepada warga JKR Kelantan dalam menangani persepsi rakyat terhadap JKR dan seterusnya perubahan sikap untuk memastikan JKR kekal relevan dalam perkhidmatan kepada rakyat. Majlis dialog turut diadakan setelah KPKR menyampaikan amanat beliau.
 
Lawatan beliau turut diserikan dengan kunjungan hormat beliau ke Pejabat SUK Negeri Kelantan setelah selesai aturcara di JKR Negeri Kelantan.  Kunjungan hormat kepada SUK Kelantan ini adalah sebagai penghargaan dan jalinan muhibbah antara JKR dan kerajaan Negeri ke arah kerjsama yang lebih erat lagi di masa akan datang.